Saturday, January 3, 2009

antara dua cinta

hm..susah sebenarnya nak buat keputusan ni..tp apabila bertembung dua cinta..aku rela cinta insani ini ku tinggalkan..aku tak sanggup buang cinta Ilahi...dah lama aku jauh sangat dari Allah..hanyut dalam cinta yang penuh kealpaan..biarlah kali ni aku kehilangan dia yang aku sayang..x pe..aku rela...yang penting aku tidak selamanya berada dalam murka Allah..yup..yang penting dia juga tidak dimurka Allah...aku sayang dia..tapi aku sayang Allah lagi..aku sayang iman lagi..aku tak nak gadaikan iman sebab dia...hm..biarlah sendiri hingga hujung nyawa..asalkan kita tak sepi dari kasihNya..!

ANTARA DUA KASIH
Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai
Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih
Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya
Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya
Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya
Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara
Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Thursday, January 1, 2009

umar Al-khattab

Umar bin al-Khattab r.a. pada hari beliau ke Syam dalam keadaan dan pakaian yang serba sederhana. Beliau ditegur oleh pimpinan tentera kerana bimbang keadaan beliau itu menjejas identiti beliau di hadapan tentera. Beliau menjawab dengan ucapan yang sangat bermakna: “Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah”. Riwayat ini sanadnya dikatakan sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Zahabi (Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/237).

thiqah

dulu pernah aku kena tegur kat muslimin sbb tak jaga thiqah..aduh..dia tegur aku dlm meeting..semua org ade..hm..klu aku kata aku x rasa ape2..x logik kan?ye le..malu sangat...pastu aku boikot semua muslimin...xmau bekerjasama...xnak cakap ngan muslimin...
then hari ni ade lagi muslimin tegur aku pasal thiqah lagi...peliknya aku gelak lak...xde rasa sedih pun...suka ade le...haha..suka kena tegur...
entah le...mungkin hati ni dah jauh sgt kot dr Allah sampai x rasa ape2 bila ditegur..yg jelas aku tahu.mmg aku salah..aduh..matikah hatiku?..huhu..sedih le pulak...
banyaknye aku wat dosa..dah berkarat hati ini...Tuhan,kasihanilah hambaMu ini...

Rintihan Hamba
Di bibir kami tak pernah terlafaz nama-Mu Ilahi
Hanya terukir kata nista berwangian dosa
Jiwa kami parah terlukaLantaran noda...
Segala-galanya terukir lawa
Kerana nafsu raja
Kami sesali kejahilan diri yang selama ini
Bersarang di hati dan tergambar ngeri
Pedih seksa-Mu nanti
Hati kami dan kelamTak bercahaya...
Bagaikan malam tiada berteman
Seri sang rembulan
Wahai Tuhan bantulah kami
Lindungi kami yang tak berdaya
Di bumi-Mu ini
Kami nantikan sinar nur-Mu
Yang kami rindu dan damba selalu
Tertingkat rasa bimbang dan ragu
Untuk mengadap-Mu
Kami rayukan keampunan dan keredhaan
Dari-Mu Ilahi
Nyalakan segera obor cinta kami
Pada-Mu Ilahi
Kami syukuri atas nikmat-Mu
Yang melingkari diri kami
Lantas membangkitkan rasa kecintaan
Di hati kami
Lalu terbinalah hidup yang hakiki
Dan tenang di Firdausi